BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20081024

Nasyid ?? Sejauh mana fungsinya.

Ku pendamkan perasaan ini,

Kurahsiakan rasa hati ini,

Merindukan kasih yang berputik,

Tersembunyi di dasar hati…

Indah mengasyikkan hati. Bagi orang yang bercinta, mendengar rangkap-rangkap lagu di atas tentunya membawa diri ke alam yang penuh dengan keindahan dan pujuk rayu cinta yang tidak terbatas.

Itulah dia mainan perasaan. Hanya yang sedang melalui saat-saat indah bersama insan yang tersayang yang sudah menempa janji sehidup semati saja yang mungkin dapat menghayati rangkap-rangkap lagu di atas dengan sepenuh hati. Apa yang pasti, anda yang selalu mengambil tahu perkembangan terkini tentunya dapat meneka dari kumpulan manakah rangkap kata lagu di atas. Sekali imbas, rasanya tidak akan ada yang mengira bahawa itu adalah satu nasyid.

Di sinilah sepatutnya kita berhenti seketika untuk merenung sejenak; ke manakah sebenarnya halatuju yang ingin dibawa oleh kumpulan-kumpulan nasyid di negara kita yang kini semakin rancak tumbuh satu persatu macam cendawan selepas hujan? Benarkah slogan dan matlamat yang dilaung-laungkan selama ini ; berhibur cara Islam? Atau sebenarnya menambahkan kelalaian masyarakat dan dihalalkan di atas nama Islam?

Kita cuba undur sejenak ke belakang merenung sejarah yang panjang dalam arena nasyid di negara kita Malaysia. Tidak keterlaluan untuk dinyatakan (dan rasanya ramai yang sependapat dalam perkara ini), nasyid mula diminati oleh masyarakat dengan kemunculan kumpulan Nada Murni sekitar tahun 1980-an. Pada masa itu, di bawah naungan pertubuhan Darul Arqam, alunan-alunan nasyid yang dibawa oleh kumpulan Nada Murni dan kemudiannya berganding bahu bersama kumpulan The Zikr keseluruhannya berkonsepkan kepada perjuangan dan pengorbanan. Tentu masih segar di dalam ingatan kita alunan-alunan yang menjadi dendangan sebahagian anak-anak muda hinggalah ke masa kini. Lagu-lagu seperti Air Mata Keinsafan, Berkorban Apa Saja, Sunnah Orang Berjuang dan sebagainya membawa kita untuk merenungi kembali tugas sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Lebih jauh dari itu, ia sebenarnya terlalu mampu untuk menyuntik satu keinsafan. Malah kadang-kadang, lagu-lagu seperti Kegelapan Malam, Cahaya di Ufuk Timur dan yang seumpama dengannya sebenarnya membawa kita untuk merindui kembali saat-saat indah ketika Islam berada di puncak kegemilangan. Serentak dengan itu membakar jiwa dan semangat untuk memastikan kembali kegemilangan Islam berlaku sekali lagi. Tidak dinafikan, pembawaan lagu-lagu nasyid pada era itu kebanyakannya menjurus kepada menyokong ideologi pergerakan Al-Arqam atau dalam erti kata lainnya mendorong kepada penantian kedatangan Imam Mahdi. Namun, sekurang-kurangnya tidak ada unsur pemujaan kepada kekasih dan kaum wanita seperti yang ditonjolkan di dalam syair-syair Arab Jahiliyah.

Kini, beberapa ketika selepas pengharaman Al-Arqam, bekas anak-anak didiknya bertebaran ke seluruh pelusuk bumi Malaysia bergerak memajukan industri nasyid Malaysia. Dengan kemunculan kumpulan Raihan yang berjaya menggegarkan negara dengan jumlah jualan album sulungya, Puji-pujian yang mencecah angka 600, 000 unit, masyarakat mula menunjukkan minat dan kecenderungan untuk mendekati lagu-lagu nasyid. Secara zahirnya, ia adalah satu perkembangan yang cukup positif, namun ada harganya yang terpaksa dibayar. Selepas Raihan, muncullah pula kumpulan-kumpulan ang lain yang dulunya adalah dari kelompok yang sama. Mereka bergerak, berlumba-lumba dan kejar-mengejar dalam usaha menambat hati masyarakat dengan lagu-lagu nasyid (sekaligus menambah keuntungan?). Dan salah satu aktiviti yang dilakukan ialah berlumba-lumba mencipta kontroversi dengan pembaharuan-pembaharuan (sesetengah orang suka menyebutnya sebagai penyelewengan-penyelewengan) dalam lagu-lagu nasyid yang dipopularkan. Siapa tidak terkejut dengan kemunculan Brothers yang mula-mula merintis jalan menggunakan alat-alat yang selama ini dianggap asing dalam lagu-lagu mereka menerusi album Teman Sejati. Kejutan-kejutan terus dilakukan hingga ia tidak lagi merupakan kejutan. Paling menonjol ialah kemunculan Rabbani dengan lagunya Pergi Tak Kembali yang lebih mirip kepada lagu-lagu rap KRU. Mungkin Pergi Tak Kembali membawa makna tersesat jalan dan tidak mampu lagi untuk kembali ke jalan asal..?

Penghujung tahun 2000, muncullah In-Team. Percubaan yang dibawa melalui lagu Kasih-kekasih rupa-rupanya menepati target pasaran (dan sekaligus berjaya mencipta kontroversi). Kali pertama lagu yang benar-benar memuja cinta dan wanita dibawa di atas nama nasyid dan nampaknya ia diterima walaupun oleh golongan yang berpendidikan agama. Tenggelamlah sudah era lagu-lagu perjuangan dan rindukan syahid yang pernah menghiasi tema-tema nasyid sebelum ini. Dan ia tidak mungkin timbul kembali kecuali motif untuk mencari keuntungan diletakkan ke tepi. Kemunculan kumpulan nasyid Qutrunnada yang rasanya cuba untuk mengembalikan nafas sebenar nasyid khususnya melalui lagu mereka Cinta Agung nampaknya tidak berdaya untuk melawan arus. Apakah dayanya sebuah kumpulan kerdil mahu bertarung dengan kumpulan-kumpulan lain yang lebih gagah dan mempunyai nama yang lebih besar dalam industri muzik? Bagaikan Arab Saudi melawan Jerman yang terpaksa menerima keputusan kalah 8-0.

Dan selepas album kedua In-Team, Impian Kasih yang membawa mesej yang hampir sama dengan kemunculan sulung mereka, masyarakat mula diajar menerima hakikat bahawa itulah nasyid. Tidak ada bezanya dengan lagu-lagu pop yang lain. Rasanya apa yang membezakan kumpulan nasyid dan kumpulan lagu-lagu rock atau pop ialah pakaiannya sahaja. Letakkan sahaja kopiah di atas kepala, anda layakdigelarkan kumpulan nasyid! Itupun rasanya hampir dinafikan oleh kumpulan nasyid Saujana yang muncul dengan gaya selamba bersama kemeja dan seluar jean. Lalu, apa lagi yang tinggal kepada kumpulan nasyid selain Selawatnya?

Kemunculan kumpulan UNIC yang rasanya membawa tempo yang hampir sama (atau lebih berat) dari In-Team. Lahir daripada sulbi yang sama, UNIC (You And I See) membawa lagu Hanya Tuhan Yang Tahu yang kedengarannya bisa memikat hati orang-orang yang bercinta (atau baru belajar untuk bercinta). Cubalah sekali mendengarnya, ternyata ia benar-benar direka khas untuk memikat hati-hati yang sedang dibuai oleh cinta monyet. Sepatutnya kumpulan-kumpulan nasyid mengambil satu inisiatif yang berharga ; sedarkan golongan ini agar kembali menyedari hakikat kehidupan mereka di muka bumi ini sebagai seorang khalifah, atau setidak-tidaknya memberikan satu suntikan semangat untuk meneruskan pengajian. Namun sayang, nasyidlah yang seterusnya membuai dan membawa golongan ang bercinta monyet ini meneruskan ‘kemonyetan’ mereka.

Benar, cinta adalah satu keperluan. Adalah berbohong jika mengatakan bahawa kita tidak perlukan cinta dan kasih sayang dalam hidup, namun lebih berbohong jika dikatakan bahawa cintalah perkara yang paling utama dalam hidup kita. Lihatlah apabila kumpulan-kumpulan yang membawa mesej cinta seperti In-Team mengadakan konsert dan persembahan, muslimah yang bertudung dan berjubah labuhlah yang paling galak berada di depan. Kenapa? Tidak lain kerana tertipu dengan lagu-lagu yang melalaikan yang direka di atas nama nasyid!

Kita tidak ingin mengatakan dengan mutlak bahawa mendengar lagu-lagu seperti ini adalah salah, biarpun ramai ulama’ yang tidak mengharuskannya. Perbincangan kita ini tidaklah ke arah itu sekalipun alat-alat muzik ang digunakan oleh kumpulan-kumpulan nasyid pada hari ini sudah tiada bezanya dengan kumpulan-kumpulan lagu-lagu pop rock. Cuma, sekurang-kurangnya kita perlu berfikir, jika inilah halatuju kumpulan-kumpulan nasyid, kita perlu bersedia untuk kelahiran lebih banyak lagi lagu-lagu cinta dan pemujaan terhadap wanita yang menggunakan nama nasyid. Dan golongan yang akan terpedaya ialah kita ; golongan yang berpendidikan agama! Alangkah baiknya jika masa muda yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin mengukuhkan semangat dan membina jatidiri sebagai seorang pejuang sejati. Masih banyak lagi perkara utama dalam hidup ini.

Alangkah rindunya kita kepada suasana ketika nasyid pernah memberikan semangat kepada kita untuk berjuang….

20081017

surat cinta..~

Assalamualaikum w.b.t..semoga anda semua sihat di samping keluarga tercinta..alhamdulillah, kesyukuran berpanjangan dipanjatkan utk Pemilik segala isi langit dan bumi.."ya Allah, Tuhan sekalian alam..hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.."
sahabat-sahabat yg dikasihi..Ape kate kali ni kite bincang2 sikit fasal surat cinte??huhu..mcm jiwang jer entry kali ni..hehehe..neway, xpe, yg penting bahagia..eh, ape ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dr org yg teristimewa??(email,sms pun surat kan; surat elektronik)
"uih, best siot!!""bahagia duh hati aku..""mesti la masyuk giler!!""bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!!hehe.."
huhuhu..mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kite akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya..
agaknya, dimana anda menyimpan surat cinta itu??
"wah, aku simpan dalam fail khas..siap hias2 dgn bunge lagi..""aku simpan dalam laci stadi aku..nak tiupkan semangat time stadi!!""aku simpan je dalam inbox email aku..xkan nye aku delete.."
huh..jawapannya pasti special..maklumlah, org special yg kasi..
"weih, kalau aku bace kan, surely hati aku tersentuh..uh, unexplainable...hanye org yg pernah mengalaminya boleh explain..serious doh!!"
huhu..kalau ikutkan pengalaman sendiri pun, hati ini mudah tersentuh apabila mmbaca surat cinta manusia..kadangkala ia menghayalkan dan kadangkala ia mmberikan semangat..tetapi, apa yg pasti, perasaan itu bukannya lahir dari mata hati tetapi ia lahir dari mata NAFSU!! nauzubillahiminzalik!! cukuplah kesilapan lalu..
ok, soalan seterusnya..kerap tak anda membaca surat cinta yg anda terima itu??
"kerap dong!!""kalau teringat akan dia, pasti suratnya aku baca.."
wah wah wah..bukan main lagi..hehehe..
baik...sahabat-sahabat yg disayangi...
jika anda memiliki sebuah kereta bmw, siapakah yg paling menyayangi atau menyintai kereta itu??ayah anda?ibu anda?adik anda?atau diri anda sendiri selaku pemiliknya?ermmm..rasenye org yg normal pasti akan mengatakan bahawa si pemilik-lah yg paling mencintai sesuatu yg dimilikinya...jadi, siapakah yg paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi?? pastilah pemilik manusia iaitu Allah s.w.t...kan?? adakah anda sedar bahawa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran utk manusia sebagai surat cintaNya kepada kita??
yg mana satu lebih agung,lebih hebat??surat cinta dr cewek,pacar,awek,balak atau surat cinta dr Maha Agung?????
sahabat-sahabatku...sayangnya Allah kepada kite selaku hambaNye..Allah berikan kita surat cintaNye sebagai petunjuk..sumber kebahagiaan..panduan..ke arah kejayaan dunia dan akhirat..ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yg tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mate dan kepale...namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dr manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah..benar kan??
seringkali kita merasa berat hati utk manatapnya..inikan pula mmbaca dan menghayatinya..lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh..mungkin ada yg mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak mmbersihkannya drpd habuk??mengapa???bukankah ia boleh di wakafkan kpd org2 miskin atau masjid2??
sahabatku,sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? sudah berapa lama kita tidak mmbacanya dgn sepenuh hati??bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka mmbaca komik,majalah hiburan berbanding surat cinta Allah??Apa salah Allah kepadamu??Allah menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya??
jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila mmbaca surat cinta dari org tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah dan ayat-ayatNya???sudah berapa lama???Allahuakbar!!!lemahnya iman kita..
"sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal." ~surah al-Anfal,2~
sahabat-sahabatku semua..marilah kita bersama2 meminta ampun drpd Allah kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya..kerana kita kerapkali lalai.."ya Allah, ampunilah dosa2 kami..kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu..ya Allah, ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami..berikanlah cahayaMu..terangilah jiwa kami dgn nur-Mu..begitu byk jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami..ya Fattah, bukakanlah mata hati kami!!ya Tuhan yg Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami..!!"
sahabatku,marilah kita bersama2 mmperbaiki diri..dari semasa ke semasa..sedikit demi sedikit..jgn biarkan kesalahan lalu diulangi oleh generasi kite akan datang.."ke arah melahirkan generasi Al-Quran yg mencintai dan dicintai Allah",amin...Allahua'lam..moga Allah sentiasa mmberkati kita semua..
~bangunkan potensi spiritual anda!~

Minta perhatian.Harap komen

Di sini ada satu cadangan best yang telah dicadangkan oleh pihak banin serta cg juzaili & idrus iaitu supaya diadakan lawatan ke hospital Kuantan Specialist untuk melawat Faqih.Minta komen.

sama-samalah kita b'doa kpd Tuhan s'moga kawan kita,Muhammad Faqih akan sembuh dan dapat study b'sama kita lagi.Semoga Allah memanjangkan usianya,amin .

20081016

Berita Sedih

Salah seorang ahli kelas 2 Abu Hurairah iaitu Muhd Faqih bin Che' Rafi telah dikejarkan ke Kuantan Hospital Specialist akibat mengidap penyakit RADANG PARU-PARU [bronchotitis] pada15 0kt kol 11 mlm .Marilah kita bersama-sama mendoakannya supaya cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah dalam keadaan sejahtera.(ini cerita benar)

result i`dadi

salam,

result i`dadi akan diumumkan pd minggu hadapan..dukacita dimaklumkan bhw hnye 15 org shj yg dpt mumtaz..14 bnt 1 banin...jayyid jiddan 57 org..pepon..never give up....cuba lagi lps nih..

wassalam.....

20081012

jamuan akhir tahun 2008

jamuan kelas akhir tahun akan diadakan pada 10 nov 08, jadi semua ahli kelas diminta menyumbangkan sebanyak RM3 seorang, lebih takpe. menu jamuan adalah rahsia.. kepada mereka yang kaya dan raya, sumbangan ikhlas anda sangat dialu-alukan samada berbentuk wang atau makanan. kepada mereka yang belum menjelaskan duit bulanan kelas, sila bayar segera kepada bendahari (Duan) dengan segera. sesiapa yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan rahsia.

20081003

~ exam ~

nak gile ..

exam dh dkt ~

insya' dh ar ssh !