BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20081231

ready or not ?

ini lah masenye ..




detik untuk kite berubah m'jd ...



ALIEN !!




x ah .. sje je ..




f3 le ..





get ready je lah ek !







tu je nk ckp ...






p/s : x lrt nk tunggu detik 00:00 tuh .. ngantuk ..

20081229

result pmr o8 !

salam ..

ana nk inform ..

42 org pljr f3 dpt 9A ..

mudir suke sgt !

insyaAllah kite pun boleh ..

20081225

HATI-HATI :: muslimah dan gambar!!!

Muslimah dan gambar...

salam..

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PenyelesaiannyaAndalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

20081221

lelaki..kembalilah!

Dulu,
> Bila disebut lelaki,
> Wanitanya mendongak megah,
> Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
> Tokoh ramai tak terkira,
> Kini,
> Bila diesebut lelaki,
> Wanitanya menunduk lemah,
> Tokoh kami sedikit sekali,
> Ramainya, boneka Yahudi.
> Dulu,
> Bila disebut lelaki,
> Wanitanya tenang di hati,
> Lelaki kami menjaga,
> melindungi,
> Kini,
> bila disebut lelaki,
> wanitanya mula cabut lari,
> lelaki pengkhianat, perogol bersiri.
> Dulu
> Bila seorang wanita teraniaya,
> Sepasukan kuda putih membela,
> Al - Mu'tasim kebanggaan wanita,
> Kini,
> Ribuan wanita suci dipenjara,
> Fatimah diperkosa minta dibela,
> Lelaki tunduk x bertenaga.
> Dulu,
> Bila wanita dibawah jagaannya,
> Lelaki memagari sehabis daya,
> Tiada siapa berani menggoda.
> Kini,
> Bila wanita di bawah jagaannya,
> Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
> Wanitanya dibiar bebas, binasa.
> Dulu,
> Lelaki bermatian mencipta sejarah,
> Kental berjihad, tekun berdakwah,
> Kini,
> Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
> Diri bermalasan tenaga tak dikerah.
> Dulu,
> Lelaki memperjuang deen dan ummah,
> Al - Farouq , Zunurain mati terbunuh,
> Kini,
> Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
> Hingga sanggup membunuh.
> Dulu,
> Lelaki bersatu menghadapi musuh,
> Angkatannya kuat dan teguh,
> Kini,
> Lelakinya berpuak dan berpecah,
> Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
> Pada kelakian mu,Kembalilah lelakiku!!!!!!!Menjadi acuan madrasah rasul.

p/s : ana copy dr msg yg kwn ana bg kt fs...salam

20081219

bicara buat mu HAWA

"Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki


mujahidah sejati,
engkaulah serikandi pembela agama,
peribadi solehah hiasan diri,
subur dengan iman dan ketaqwaan.

mujahidah sejati akhirat utama,
kerana dunia bukan pilihannya,
mujahidah sejati hatinya berbeza,
kerana diasuh iman dan taqwa.

mujahidah sejati
berbekal alquran dan assunah,
bersulam pengorbanan
bisa menggegarkan dunia...!

ayah pin....

ari 2 ana dgor brite kat rdio..
die kabo ayah pin wat korban mse aidiladha ari tuh...
ana pon syukur lah..
ingatkan die dh insaf..
last2 die kater ayah pin bkn smbelih kat leher, tp kt ekor!
nauzubillah...
ana bknnyer nk ngumpat d cni,
tp jus utk amek pngajaran..
wlupun kter blajo agame,
tp x mstahil kte leh terpesong...
nauzubillah..
hrap2 dok lah

"tunjukkkanlah kami jalan yg lurus"(alfatihah : 5)
salam

kalu blek umah.....?

kalau kat sek x gaul banin banat..
tapi,
kalau kat rmah??
msg, chat, dll
kalau kat sek jage pndangan...(not all of us)
tapi,
klu kat rmah??
tv, dll
kalau kat sek wat solat sunat dhuha, rawatib, dll..
tapi, kalu kat umah...
waktu dhuha pon x bgun lagi..
kalau kat sek solat awal waktu..
tapi,
kalau kat rumah..
xyah nk kater....tggu citer kat tv abes dulu..
kalu kat sek ngaji ptang siang malam..
tapi,
kalu kat umah,
tggu nk abes cuti bru gaduh2 nk ngapa..
tkut xleh tasmi la katekan....
kalau kat sek pkai sarung lengan, stokin, jilbab..
tapi,
kalau kat rumah...
sndr mau jawab ah...
kalau kat sek kopiah mlekat atas kpale..
tapi,
kalau kat rmah....
wat rmbut cacak2 la, david beckham la...

mcm2 ragam leh tgok dak2 imtiaz..
oleh i2,
meh la pakat kte sme2 praktikkan aper yg d sek
bwak blek kat umah...
utk yg dh b'jaye tuh..
alhamdulillah...
smoga blh kekalkan.....
bknnye ana nk nganjing,
jus nk bg sdikit pringatan utk shabat tersayang
dan x lupe juge utk dr ana yg dhaif ini
tp biase lah,
people need time to change...
smoga sme2 kte leh bwak imej halamatul quran
wlau d mana pun...
x lupe juge hati yg perlu sntiase djage..
amin..
klu ader slah n silap harap dtegur..
(2ah)

20081217

bile ye!











Custom Countdowns & MySpace Layouts


20081215

back 2 school..

salam buat sme penuntut kelas 2 ah 08...
mesti ade di antara kte yg tlh pn m'dpt result exam kan??
so,yg mne dpt keputusan cemerlang tue..tahniah la yer...
dan ini menandakan bhw kte akan kembali ke sekolah x lme lg...
cane ngan preparation??harap2 da prepare la nk kembali ke sekolah..
bkn dari segi brg2 jer..kte kne preare dri segi mental dan fizikal jgk..
coz..kte akan m'hadapi bnyk cabaran tawn dpn..antaranyer..
  • dapat adek bru
  • PMR

harap2..tawn ni xde dh kes buli kt sek kte...semoga kte dpt mendidik adek2 kte dan menjadi contoh kpd mreka..jgn ajar dorang bende x elok..tunjukkan bhw batch f2 2008 blh buat...

pmr??ha..x sampai setahun pun lg??harap2 da ready la yer...ana pun x brape ready lg nih...marilah kte sme2 berusaha mencapai kesuksesan dlm hidup....

sekian sahaja nasihat ddrpd ana...semoga antum sme bley ambil input bergne..

wassalam

20081213

salam sumer..
kpd yg selalu melawat blog ni,diharapkan anda memberi kerjasama
caranya..tulis komen yg membina,jgn hantar yg bukan2 plak
khas untuk ahli kelas 2 abu hurairah 2008,
sila rajin2kan diri anda untuk meng'update'kan blog ini
satu lagi..ana nak tanye..hmmm
blog ni camner taun depan??
nk suruh cekgu sunaidi delete atau ...
bglah cadangan ye!!

20081212

akhi , is that you ?

akhi, kaukah itu?
yang saat pertama kukenali terusku jatuh cinta pada tarbiyyah ini

akhi, kaukah itu?
yang permulaan ku mengenal islam terusku tertarik untukku mengenalinya lebih

akhi, kaukah itu?
yang aku bisa menangis bila mengenangkan keimananmu tika berseorangan

akhi, kaukah itu?
yang suatu masa dahulu sering mengingatkan bila aku lupa padanya

akhi, kaukah itu?
yang pabila bertemu denganmu imanku seakan dicas semula

akhi, kaukah itu?
yang aku lebih dekat lagi bersamanu berbanding adik beradikku

akhi, kaukah itu?
saat melihatmu bisa mengingatkanku kepada yang ESA

akhi, kaukah itu?
Yang darimu aku belajar erti tarbiyyah ini

akhi, kaukah itu?
bacaan al quran ku mula beransur baik dari telunjukmu

akhi, kaukah itu?
yang aku memandangmu akan terasa tenang hatiku

akhi, kaukah itu?
yang pabila aku kelam menjadi pencerah buatku

akhi, kaukah itu?
yang aku sentiasa merinduimu pabila berpisah

akhi, kaukah itu?
yang akan menyapaku tentang dakwah pabila saat bertemu semula

akhi, kaukah itu?
yang pabila disebut namamu akanku terkenang akan imanmu dan dakwahmu

akhi, kaukah itu?
yang kuketahui dan terpecayai imanmu

akhi,
tapi kini mengapa seakan berubah?

akhi,
mengapa benang ukhuwwah yang dirajut seakan terurai

akhi,
mengapa kulihat dirimu seakan cair dengan duniawi

akhi,
mengapa iman yang ditata selama ini semakin kabur

akhi,
mengapa seolah terkalahi dengan bujukan syaitan

akhi,
apa dunia ini semakin menggamit dirimu?

akhi,
apa dakwah ini menjadikan dirimu semakin lelah?

akhi,
marilah kita kembali akhi

akhi,
kembali kepada fitrah kita

akhi,
kembalilah,,,,,,,,,

kerna aku merindui saat itu ...........



sumber : http://www.halaqah-online.com/

akhwat sejati

Akhwat sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.

Akhwat sejati tidak dilihat dari retorikanya ketika aksi, tetapi dilihat dari kebijaksanaannya dalam mengambil keputusan.

Akhwat sejati tidak dilihat dari banyaknya ia berorganisasi, tetapi sebesar apa tanggungjawabnya dalam menjalankan amanah.

Akhwat sejati tidak dilihat dari kehadirannya dalam syuro', tetapi dilihat dari kontribusinya dalam mencari solusi dari suatu permasalahan.

Akhwat sejati tidak dilihat dari tasnya yang selalu membawa Al - Qur'an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al - Qur'an tersebut.

Akhwat sejati tidak dilihat dari aktivitasnya yang seabrek, tetapi bagaimana ia mampu mengoptimalisasi waktu dengan baik.

Akhwat sejati tidak dilihat dari IP-nya yang cumlaude, tetapi bagaimana ia mengajarkan ilmunya pada umat.

Akhwat sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana ia mampu membentengi hati.

Akhwat sejati tidak dilihat dari partisipasinya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.

Akhwat sejati tidak dilihat dari sholatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktivitas sholatnya.

Akhwat sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman - teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar - Rahman Ar - Rahiim.

Akhwat sejati tidak dilihat dari rutinitas dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa tetesan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud.

sumber:http://www.one-die.blogspot.com/

selamat berjaya ye ! d'-'b

utk abang2 or kakak2 yg punye adik2 ..


yg akan ditemuduga nnti ...


just want 2 say ..


selamat b'jaya ye !


kitorg akan buli sepuas2nye ..


he3 .. :P


20081201

Usrah, Meeting, Program dan...?

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.
Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."
"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.
Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.
"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.
Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.
Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.
"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.
"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.
Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.
"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."(Pepatah Arab)

20081125

BARANG MAHAL

Pada suatu ketika,iblis mengiklankan bahawa ia akan membuat jualan murah perkakas-perkakas kerjanya. Pada hari tersebut seluruh perkakasnya di pamer untuk dilihat calon pembelinya lengkap dgn harga jualnya. Seperti kalau kita masuk kedai hardware barang yang dijual sungguh menarik dan semua barang kelihatan sangat berguna sesuai fungsinya dan harganya pun tak mahal.
Barang yang di jual antara lain: dengki,iri hati,tidak jujur, tak tahu terima kasih,malas,dendam, dan lain-lain.
Di suatu sudut display ada suatu perkakas yang bentuknya sederhana sudah agak buruk tetapi harganya amat tinggi bahkan jauh lebih tinggi di bandingkan yang lain.
Salah satu calon pembeli bertanya; "ini alat apa namanya?"
Iblis menjawab; "itu namanya PUTUS ASA"
"Kenapa harganya mahal sekali, padahal sudah buruk?"
"Ya,kerana perkakas ini sangat mudah dipakai dan berdaya guna tinggi. Saya dengan mudah masuk ke dalam hati manusia dengan alat ini dibandingkan dgn alat lain . Begitu saya berhasil masuk kedalam hati manusia saya dengan sangat mudah melakukan apa saja yg saya inginkan terhadap manusia, termasuk menjual semua barang jualan saya yang lain. Barang ini menjadi buruk kerana saya sering menggunakan kepada hampir semua orang kerana kebanyakkan manusia tidak tahu kalau putus asa itu milik saya."
Serahkan hidupmu pada ALLAH ,biarlah DIA saja yg ada dalam hatimu kerana bersamanya nescaya tidak akan kau ketemukan keputus asaan.

20081124

Hurm..AJAIBnye..

Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.

Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?

- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

-Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.

- Isyarat kawalan automatic juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya

- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.

- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.

- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya

- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Serawak

- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan

Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*

- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.

- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.

Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.

Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.

Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario

Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.

Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.

Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.

Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.

1..Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.

2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi

mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al si Jin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh
diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.

Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.

Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"

Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"

Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.

3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu
alam jin. Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.

Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan – kaum pribumi Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode

secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya

Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.

Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata " Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat " Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!" ..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!

4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?."

Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.

Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.

Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..

" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".

5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya. Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.

Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.

6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..GunungMurut sudah hilang!!"

Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib.

Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan selawat pada RSAW.

Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli itu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!!

Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.

7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ). Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui

" Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar. Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.

Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petandakehadiran jin-jin Islam"

Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.

Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar. Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.

Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb - pendespatch e-mail.

Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz didampingi jin?"

Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin…Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam."

Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding. Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini…

Dipetik dari buku Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario SKYLAB September 2004
Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato' Muhamad.

20081122

>>perlu>>

perlu ad rse perpisahan utk rse nkmt bertemu

perlu ad rse sakit utk rse nkmt sembuh

perlu ad rse sedih utk rse nkmt bahagia

++so fkr2kan r ape yg Allah tkdrkan kt kte nie++

-SumTHiN'-

Everything happens for a reason!
Nothing happens by chance or by means of good luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test the limits your soul. Without these small tests, life would be like a smoothly paved, flat road to nowhere, safe and comfortable but dull and utterly pointless...........

lawa x???

lawa x background kter???
huhu...

20081118

Di saat ibumu tidur, cuba kamu melihatnya dan bayangkan matanya x akan terbuka untuk selamanya, tangannya x mampu lagi menghapus air matamu, dan x de lagi nasihatnya yang sering kamu abaikan. Bayangkan ibumu sudah TIADA. Apakah kamu sudah membahagiakannya??? Apakah kamu pernah berfikir betapa besar pengorbanannya??FIKIR2KANLAH...

p/s: cop, kata2 di atas, ana copy dr 2ua..hehe, 4 those who r from 2ua, i'm so sorry..please forgive me..nk sdrkn sket bebudak 2ah..igt!! jgn tdo sokmo dlm kls..ni, sket2 tdo..cg xde, tdo..alahai..org lain study hard nk msk kls ah, kt y da msk, tdo..ade ke patut?? ckp sket, ade ke patut??xpatut kn??

20081116

bkk ni..

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=463

katakan x nak..


FIKIR-FIKIRLAH...

??~..[](_)<>{}

salam..

saje nk ucap tahniah..

sape yg bakal jd naqib/naqibah taun depan..

jdlah role model yg terbaik kpd anak2 buah

tinggalkn perkara yg sia2..berenti2lah men mesej @ chatting @ ape2 saje yg mendekati zina..

x kesahlah sape2 pon..yg x jd pepe pon kene berenti gok..

cukuplah 2..taun dpn kite sume jd form 3 dah..sedar sket..kekgi blajo dpt result ok..tp akhlak ko..

tanak lah jd cam2 kan..nk due2 ok..

takde dh maen gelor2 ke..x besss ah...ape faedah maen cam2..

kalo nk mesej ke chat ke ngan same kaum dah le..banin same banin..banat same banat..ok je

lg senang..x menambahkan dose..lainlah kalo mengumpat..he3

klo tinggalkan sume perkara yg sie2 tu..insyaallah fom 3 taun dpn akn jd fom yg terbaik..

doa2 lah ye..tolong lah tinggalkan sume 2...x menambahkan ape2 faedah pon..

tp nk pesan sket lag...jgn terlalu syadid dh le..

saje je...sape terase mintak maaf bebanyaklah ye..dan tolong berubah

sekadar memperingatkan..

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka merubah diri mereka sendiri"

fikir2kanla...

dakwah dan cinta..~

Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.

Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.

“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.”

kenangan...

ingat smule mase jamuan kelas kiter..

beshh dop???...mknn..minuman...cekgu2 yg dtg mase 2..

cekgu juzaili,sir idrus..cg. sunaidi...dan ust. nafiz...

lps 2 mkn nasi goreng (dwn makan buat).dgn ayam goreng + ayam KFC

minum pulak...air root beer + ais krim vanilla...bessssssss sessangat..

persembahan pulok..banat..pantun..banin..nasyid..(spontan)

bess pulok bile ingat smule..he3..saje je..

20081113

hmm...

balek umah, jgn lupe study..
cuti, cuti gak, ngulang jgn lupe ye!
pesanan ikhlas dari...-tut-(ditapis)

20081110

xnak....

salam..
hope smua orang start doa n solat hajat banyak2 dari skrg..
taun depan biar kitesemua 1 kelas keyh..
3ah..insya-Allah..
xnak pecah2..
da akhir taun, nak mintak maaf kat sume..
hopefully, anggota kelas kite kekal smp f5..
amin..



*doa utk kwn2 kte y lain gak..jgn doa utk dri sndri je..sbb doa seorg shbt kpd kwnnye, doa y dimakbulkn Tuhan..

20081024

Nasyid ?? Sejauh mana fungsinya.

Ku pendamkan perasaan ini,

Kurahsiakan rasa hati ini,

Merindukan kasih yang berputik,

Tersembunyi di dasar hati…

Indah mengasyikkan hati. Bagi orang yang bercinta, mendengar rangkap-rangkap lagu di atas tentunya membawa diri ke alam yang penuh dengan keindahan dan pujuk rayu cinta yang tidak terbatas.

Itulah dia mainan perasaan. Hanya yang sedang melalui saat-saat indah bersama insan yang tersayang yang sudah menempa janji sehidup semati saja yang mungkin dapat menghayati rangkap-rangkap lagu di atas dengan sepenuh hati. Apa yang pasti, anda yang selalu mengambil tahu perkembangan terkini tentunya dapat meneka dari kumpulan manakah rangkap kata lagu di atas. Sekali imbas, rasanya tidak akan ada yang mengira bahawa itu adalah satu nasyid.

Di sinilah sepatutnya kita berhenti seketika untuk merenung sejenak; ke manakah sebenarnya halatuju yang ingin dibawa oleh kumpulan-kumpulan nasyid di negara kita yang kini semakin rancak tumbuh satu persatu macam cendawan selepas hujan? Benarkah slogan dan matlamat yang dilaung-laungkan selama ini ; berhibur cara Islam? Atau sebenarnya menambahkan kelalaian masyarakat dan dihalalkan di atas nama Islam?

Kita cuba undur sejenak ke belakang merenung sejarah yang panjang dalam arena nasyid di negara kita Malaysia. Tidak keterlaluan untuk dinyatakan (dan rasanya ramai yang sependapat dalam perkara ini), nasyid mula diminati oleh masyarakat dengan kemunculan kumpulan Nada Murni sekitar tahun 1980-an. Pada masa itu, di bawah naungan pertubuhan Darul Arqam, alunan-alunan nasyid yang dibawa oleh kumpulan Nada Murni dan kemudiannya berganding bahu bersama kumpulan The Zikr keseluruhannya berkonsepkan kepada perjuangan dan pengorbanan. Tentu masih segar di dalam ingatan kita alunan-alunan yang menjadi dendangan sebahagian anak-anak muda hinggalah ke masa kini. Lagu-lagu seperti Air Mata Keinsafan, Berkorban Apa Saja, Sunnah Orang Berjuang dan sebagainya membawa kita untuk merenungi kembali tugas sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Lebih jauh dari itu, ia sebenarnya terlalu mampu untuk menyuntik satu keinsafan. Malah kadang-kadang, lagu-lagu seperti Kegelapan Malam, Cahaya di Ufuk Timur dan yang seumpama dengannya sebenarnya membawa kita untuk merindui kembali saat-saat indah ketika Islam berada di puncak kegemilangan. Serentak dengan itu membakar jiwa dan semangat untuk memastikan kembali kegemilangan Islam berlaku sekali lagi. Tidak dinafikan, pembawaan lagu-lagu nasyid pada era itu kebanyakannya menjurus kepada menyokong ideologi pergerakan Al-Arqam atau dalam erti kata lainnya mendorong kepada penantian kedatangan Imam Mahdi. Namun, sekurang-kurangnya tidak ada unsur pemujaan kepada kekasih dan kaum wanita seperti yang ditonjolkan di dalam syair-syair Arab Jahiliyah.

Kini, beberapa ketika selepas pengharaman Al-Arqam, bekas anak-anak didiknya bertebaran ke seluruh pelusuk bumi Malaysia bergerak memajukan industri nasyid Malaysia. Dengan kemunculan kumpulan Raihan yang berjaya menggegarkan negara dengan jumlah jualan album sulungya, Puji-pujian yang mencecah angka 600, 000 unit, masyarakat mula menunjukkan minat dan kecenderungan untuk mendekati lagu-lagu nasyid. Secara zahirnya, ia adalah satu perkembangan yang cukup positif, namun ada harganya yang terpaksa dibayar. Selepas Raihan, muncullah pula kumpulan-kumpulan ang lain yang dulunya adalah dari kelompok yang sama. Mereka bergerak, berlumba-lumba dan kejar-mengejar dalam usaha menambat hati masyarakat dengan lagu-lagu nasyid (sekaligus menambah keuntungan?). Dan salah satu aktiviti yang dilakukan ialah berlumba-lumba mencipta kontroversi dengan pembaharuan-pembaharuan (sesetengah orang suka menyebutnya sebagai penyelewengan-penyelewengan) dalam lagu-lagu nasyid yang dipopularkan. Siapa tidak terkejut dengan kemunculan Brothers yang mula-mula merintis jalan menggunakan alat-alat yang selama ini dianggap asing dalam lagu-lagu mereka menerusi album Teman Sejati. Kejutan-kejutan terus dilakukan hingga ia tidak lagi merupakan kejutan. Paling menonjol ialah kemunculan Rabbani dengan lagunya Pergi Tak Kembali yang lebih mirip kepada lagu-lagu rap KRU. Mungkin Pergi Tak Kembali membawa makna tersesat jalan dan tidak mampu lagi untuk kembali ke jalan asal..?

Penghujung tahun 2000, muncullah In-Team. Percubaan yang dibawa melalui lagu Kasih-kekasih rupa-rupanya menepati target pasaran (dan sekaligus berjaya mencipta kontroversi). Kali pertama lagu yang benar-benar memuja cinta dan wanita dibawa di atas nama nasyid dan nampaknya ia diterima walaupun oleh golongan yang berpendidikan agama. Tenggelamlah sudah era lagu-lagu perjuangan dan rindukan syahid yang pernah menghiasi tema-tema nasyid sebelum ini. Dan ia tidak mungkin timbul kembali kecuali motif untuk mencari keuntungan diletakkan ke tepi. Kemunculan kumpulan nasyid Qutrunnada yang rasanya cuba untuk mengembalikan nafas sebenar nasyid khususnya melalui lagu mereka Cinta Agung nampaknya tidak berdaya untuk melawan arus. Apakah dayanya sebuah kumpulan kerdil mahu bertarung dengan kumpulan-kumpulan lain yang lebih gagah dan mempunyai nama yang lebih besar dalam industri muzik? Bagaikan Arab Saudi melawan Jerman yang terpaksa menerima keputusan kalah 8-0.

Dan selepas album kedua In-Team, Impian Kasih yang membawa mesej yang hampir sama dengan kemunculan sulung mereka, masyarakat mula diajar menerima hakikat bahawa itulah nasyid. Tidak ada bezanya dengan lagu-lagu pop yang lain. Rasanya apa yang membezakan kumpulan nasyid dan kumpulan lagu-lagu rock atau pop ialah pakaiannya sahaja. Letakkan sahaja kopiah di atas kepala, anda layakdigelarkan kumpulan nasyid! Itupun rasanya hampir dinafikan oleh kumpulan nasyid Saujana yang muncul dengan gaya selamba bersama kemeja dan seluar jean. Lalu, apa lagi yang tinggal kepada kumpulan nasyid selain Selawatnya?

Kemunculan kumpulan UNIC yang rasanya membawa tempo yang hampir sama (atau lebih berat) dari In-Team. Lahir daripada sulbi yang sama, UNIC (You And I See) membawa lagu Hanya Tuhan Yang Tahu yang kedengarannya bisa memikat hati orang-orang yang bercinta (atau baru belajar untuk bercinta). Cubalah sekali mendengarnya, ternyata ia benar-benar direka khas untuk memikat hati-hati yang sedang dibuai oleh cinta monyet. Sepatutnya kumpulan-kumpulan nasyid mengambil satu inisiatif yang berharga ; sedarkan golongan ini agar kembali menyedari hakikat kehidupan mereka di muka bumi ini sebagai seorang khalifah, atau setidak-tidaknya memberikan satu suntikan semangat untuk meneruskan pengajian. Namun sayang, nasyidlah yang seterusnya membuai dan membawa golongan ang bercinta monyet ini meneruskan ‘kemonyetan’ mereka.

Benar, cinta adalah satu keperluan. Adalah berbohong jika mengatakan bahawa kita tidak perlukan cinta dan kasih sayang dalam hidup, namun lebih berbohong jika dikatakan bahawa cintalah perkara yang paling utama dalam hidup kita. Lihatlah apabila kumpulan-kumpulan yang membawa mesej cinta seperti In-Team mengadakan konsert dan persembahan, muslimah yang bertudung dan berjubah labuhlah yang paling galak berada di depan. Kenapa? Tidak lain kerana tertipu dengan lagu-lagu yang melalaikan yang direka di atas nama nasyid!

Kita tidak ingin mengatakan dengan mutlak bahawa mendengar lagu-lagu seperti ini adalah salah, biarpun ramai ulama’ yang tidak mengharuskannya. Perbincangan kita ini tidaklah ke arah itu sekalipun alat-alat muzik ang digunakan oleh kumpulan-kumpulan nasyid pada hari ini sudah tiada bezanya dengan kumpulan-kumpulan lagu-lagu pop rock. Cuma, sekurang-kurangnya kita perlu berfikir, jika inilah halatuju kumpulan-kumpulan nasyid, kita perlu bersedia untuk kelahiran lebih banyak lagi lagu-lagu cinta dan pemujaan terhadap wanita yang menggunakan nama nasyid. Dan golongan yang akan terpedaya ialah kita ; golongan yang berpendidikan agama! Alangkah baiknya jika masa muda yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin mengukuhkan semangat dan membina jatidiri sebagai seorang pejuang sejati. Masih banyak lagi perkara utama dalam hidup ini.

Alangkah rindunya kita kepada suasana ketika nasyid pernah memberikan semangat kepada kita untuk berjuang….