BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20081225

HATI-HATI :: muslimah dan gambar!!!

Muslimah dan gambar...

salam..

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PenyelesaiannyaAndalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

7 ???:

[2 Abu Hurairah] said...

jadi,kesimpulannya..

fikirlah dan buat keputusan yg sebaiknya!!

[2 Abu Hurairah] said...

tapi,
bukan banat je yang kene jg..
banin pon same.
sbb
bukan apa..contoh: bile ad banat tgk kan,mungkin terdetik juga la 'ihh,hensemnya die'machonya die' dan lain2. mesti punye.terdetik walau sedikit,kan3?huhu..so, due2 kene jaga.banin pun keje jaga,apetah lagi banat. :D

[2 Abu Hurairah] said...

tuu lah dah tau muke tu org x bleh tgk yg pegi letak gamba kalo comey sejuk gak hati sekupang tp kalo yg x seberapa tu fhm2 je lar.... jgn marah :]
ni cth jer x tuju kat saper2
[IMG]http://i104.photobucket.com/albums/m180/hani112/Snapshot_20081123.jpg[/IMG]

Anonymous said...

tp klu yg comey 2lah yg bhy drpd yg x seberapa...jd,x pyh laaa klu nk ltk gambo..x kesah banin ke banat..

[2 Abu Hurairah] said...

heh..
meh pakat boikot mjlah koloh blake!!
haha...

[2 Abu Hurairah] said...

so jgnlah letak gmbo kte yg cute2 itu..
krn ianya hnye blh m'cairkan org yg mlihat..hak3...
sebaliknya letaklah la gmbo yg bile kite mlihat, blh ingatkn kte kpd Allah, & bile org len mlihat, blh mngingatkan org itu kpd Allah..
bknkah ianya satu amalan yg mulia wahai sahabatku?

Anonymous said...

erm....
kte kene think positif la...
jgn nk salah kn spe2 ag....
cari dlu kesalahan tuh then bru cari jln nk selesai kn....
nie x...
banat slh kn banin then banin salah kn banat...
then gado2.....
so cmne nk aman nye ukhuwwah tuh....

FIKIR2 KN LAH DAN SELAMAT BERAMAL.........